Inersia boleh ditakrifkan sebagai kecenderungan suatu objek untuk mengekalkan keadaan pegun atau gerakan seragam dalam garis lurus.
Konsep inersia dirumuskan dalam Hukum Newton Pertama yang menyatakan bahawa sesuatu objek akan terus berada dalam keadaan pegun atau terus bergerak dengan halaju tetap pada satu garis lurus kecuali ditindakkan oleh suatu daya luar.
Inersia sesuatu objek hanya dipengaruhi oleh jisimnya sahaja. Semakin besar jisim suatu objek, semakin sukar untuk menggerakannya atau menghentikannya jika ia dalam keadaan bergerak. Contohnya sebuah basikal adalah lebih mudah ditolak dari keadaan rehatnya berbanding dengan sebuah kereta kerana jisim basikal itu lebih kecil dan oleh itu inersianya adalah sangat kecil dari jisim atau inersia kereta itu.
Contoh situasi melibatkan inersia:
1.
Dua tin yang serupa digantung dengan tali yang panjang. Tin A adalah kosong manakala tin B pula diisi dengan pasir. Tin B didapati adalah lebih sukar untuk digerakkan berbanding tin A apabila kedua-duanya ditolak. Tin B juga didapati berayun lebih lama sebelum berhenti dibandingkan dengan tin A. Ini menunjukkan bahawa semakin besar jisim suatu objek, semakin besar inersianya atau keupayaannya menentang perubahan.
No comments:
Post a Comment