Tuesday, 8 November 2016

Koleksi Kertas Percubaan SPM Fizik 2016

Kertas Percubaan SPM Fizik 2016

Fizik Percubaan SPM Kedah 2016 Kertas 1 | Skema Kertas 2 | Skema Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Kelantan 2016 Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Melaka 2016 Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM MRSM 2016 Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM MSAB (EC) 2016 Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Pahang 2016 Kertas 1 | Skema Kertas 2 | Skema Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Perlis 2016 Kertas 1 | Skema Kertas 2 | Skema Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Pulau Pinang 2016 Kertas 1 | Skema Kertas 2 | Skema Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Sarawak 2016 Kertas 1 | Skema Kertas 2 | Skema Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM SBP 2016 Kertas 1 | Skema Kertas 2 | Skema Kertas 3 | Skema
Fizik Percubaan SPM Terengganu 2016 Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 | Skema

Cara Melukis Rajah Sinar Teleskop Astronomi





Monday, 29 August 2016

Takat Didih

Takat didih ialah suhu tertentu di mana suatu cecair berubah kepada gas.

Takat didih cecair dipengaruhi oleh perkara berikut:

1. Tekanan atmosfera
Semakin tinggi tekanan atmosfera, semakin tinggi takat didih suatu cecair.

2. Altitud (ketinggian)
Semakin tinggi altitud semakin rendah takat didih. Air yang dipanaskan di atas gunung lebih cepat mendidih berbanding air yang dipanaskan di kawasan darat pada aras laut.

3. Bendasing terlarut
Kehadiran bendasing yang terlarut dalam suatu cecair menyebabkan takat didih cecair meningkat. Air garam mempunyai takat didih yang lebih tinggi berbanding air tulen

4. Tekanan
Semakin tinggi tekanan dalam cecair, semakin tinggi takat didihnya. Rujuk http://www.engineeringtoolbox.com/boiling-point-water-d_926.html

5. Jenis cecair
Cecair yang berlainan mempunyai takat didih yang berlainan. Air tulen mendidih pada suhu 100 °C, manakala merkuri mempunyai takat didih 357 °C.

Tue, 30 Aug 2016 (Tue) 12:53 AM


Friday, 10 June 2016

Kegunaan Osiloskop Sinar Katod

Osiloskop Sinar Katod (OSK) ialah suatu alat pengukur dan alat penguji. Ia menukarkan isyarat elektrik dan elektronik kepada paparan visual. Skrin OSK dapat mempamerkan bentuk gelombang bunyi dan bentuk gelombang arus elektrik.

Kegunaan OSK :

1. Mengukur beza keupayaan (voltmeter).
2. Mengukur sela masa yang singkat.
3. Memaparkan bentuk gelombang.
4. Mengukur tempoh atau frekuensi.

Sunday, 15 May 2016

Kekenyalan

Kekenyalan boleh ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu bahan kembali ke bentuk asal selepas daya yang dikenakan dialihkan

Apabila satu daya dikenakan ke atas satu bahan, bahan itu mungkin akan mengalami pemanjangan atau pemampatan. Suatu bahan dikatakan kenyal jika dapat kembali ke bentuk dan saiz asal selepas daya yang dikenakan itu dilepaskan.

Sifat kekenyalan bahan pepejal disebabkan oleh kewujudan daya tolakan dan daya tarikan antara zarah-zarah. Pada keadaan biasa atom-atom bahan pepejal terpisah dengan jarak tertentu dan berada dalam keseimbangan  iaitu daya tolakan dan daya tarikan berada dalam keseimbangan. Pada keadaan ini daya paduan adalah sifar.

zarah dalam keseimbangan
Apabila bahan tersebut dikenakan daya mampatan, atom-atom bahan akan dirapatkan . Daya tolakan antara atom menjadi semakin kuat dan bertindak untuk mengembalikan kedudukan asal atom-atom selepas daya mampatan dialihkan.

zarah mengalami daya tolakan apabila daya mampatan dikenakan
Apabila bahan tersebut dikenakan daya regangan, atom-atom bahan akan dijauhkan. Daya tarikan antara atom menjadi semakin kuat dan bertindak untuk mengembalikan kedudukan asal atom-atom selepas daya regangan dialihkan.

zarah mengalami daya tarikan apabila daya regangan dikenakan
Beberapa contoh aplikasi kekenyalan:

Sistem ampaian (suspension) kenderaan

Buaian bayi

Gelang getah

Jam randik

Busur dan panah

Ammeter































Sifat kekenyalan bahan mempunyai kegunaan yang luas. Banyak perkakasan mekanikal memerlukan spring untuk beroperasi

Kegunaan spring:
  • Spring yang digunakan dalam neraca spring menghasilkan regangan yang berkadar langsung dengan beban yang dikenakan
  • Spring buaian menghasilkan ayunan yang membolehkan bayi tidur dengan lebih selesa
  • Spring pada roda kereta yang kuat dapat menyerap hentakan yang terhasil apabila bergerak di atas jalan yang tidak rata supaya perjalanan adalah lebih lancar.
  • Spring banyak digunakan dalam tilam dan kusyen. Spring yang mempunyai sifat kekenyalan dapat mengekalkan bentuk tilam dan kusyen walaupun telah banyak kali dimampatkan.
  • Spring juga digunakan dalam ammeter dan voltmeter untuk mengimbangkan daya putaran pada  jarum penunjuk apabila terdapat voltan dan arus. Spring dapat mengembalikan jarum penunjuk ke kedudukan asal apabila bekalan arus dan voltan diputuskan.
  • Dalam jam randik, tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan akan ditukarkan kepada tenaga kinetik untuk menggerakan jarum penunjuk.

Bahan kenyal lain:
  • Gelang getah digunakan untuk mengapit dan menetapkan bahan pada kedudukan yang tertentu
  • Tali raket tenis dan badminton yang kenyal boleh melantunkan bola
  • Papan terjun yang kenyal membolehkan peserta mencapai lompatan yang tinggi.

Saturday, 14 May 2016

Ulang kaji soalan pilihan sebelum peperiksaan

Berikut adalah fail yang mengandungi soalan pilihan yang sempat saya compile. Saya sertakan skema pada setiap akhir soalan.

Muat turun di sini.


Pengubahsuaian sistem radar yang digunakan untuk menentukan kedudukan kapal terbang.


Pengubahsuaian
Alasan
Diameter piring parabola yang besar
dapat menerima lebih banyak isyarat
 Jarak penerima isyarat dari pusat piring parabola adalah sama dengan panjang fokus
 isyarat jauh yang bergerak mengikut garis selari akan dipantulkan dan difokuskan pada pada penerima isyarat
 Jenis gelombang digunakan ialah gelombang mikro
 frekuensi tinggi / tenaga yang tinggi/ panjang gelombang pendek maka mudah dipantulkan
 Kedudukan piring parabola harus tinggi dari permukaan bumi
 Isyarat tidak dihalang/ boleh dikesan dengan mudah.

tambahan:
  • cakera harus berbentuk parabola melengkung supaya isyarat dapat ditumpukan pada satu titik. 
  • Permukaan piring licin dan bersih , pantulan isyarat lebih jelas dan baik.
 Cadangan ulangkaji kertas 3:

Wednesday, 28 October 2015

Topik-topik Penting SPM Fizik 2015


TINGKATAN 4

1. Pengenalan kepada Fizik.
  • Pengukuran
    • Ammeter / Jisim.
    • Kejituan / Kepersisan / Pengiraan ralat.
2. Daya dan Gerakan.
  • Graf gerakan.
  • Momentum (Prinsip dan Roket).
  • Graviti - Jatuh bebas, lif dan takal.
  • Keseimbangan daya.
  • Kekenyalan (penting).
3. Daya dan Tekanan
  • Tekanan.
  • Tekanan gas dan tekanan atmosfera.
  • Prinsip Pascal.
  • Prinsip Bernoulli.
5. Cahaya
  • Pantulan Cahaya.
  • Pantulan dalam penuh (Gentian optik & Gambarajah sinar).
  • Kanta
    • Gambarajah sinar bagi kanta.
    • Teleskop / Kanta Pembesar.

TINGKATAN 5

6. Gelombang.
  • Gelombang - jenis dan ciri-ciri gelombang
  • Pantulan gelombang.
  • Interferens gelombang (Eksperimen dwicelah Young).
  • Gelombang Elektromagnet.
  • Gelombang dalam telekomunikasi.
7. Elektrik
  • Medan elektrik.
  • Litar sesiri dan selari.
  • Daya gerak elektrik dan rintangan dalam.
8. Keelektromagnetan.
  • Kesan magnet pada konduktor pembawa arus. (Aplikasi : Pemutus litar, penggera kebakaran)
  • Aruhan Elektromagnet. /Hukum Lenz dan Hukum Faraday - Penjana Arus Ulang-alik.
  • Transformer (penting, termasuk Kertas 3) Bilangan lilitan vs. voltan output.
  • Penjanaan dan Penghantaran Elektrik.
9. Elektronik 
  • Sinar Katod. /Osiloskop sinar katod.
  • Diod Semikonduktor.
  • Transistor./ Litar Perintanga Peka Cahaya.
  • Get Logik
10. Keradioaktifan.
  • Reputan Radioaktif. (Ciri-ciri alfa, beta dan gama)
  • Tindakbalas Nuklear & Pengiraan tenaga. E=mc2 
  • Aplikasi radioaktif - Perubatan / Ketebalan kertas.


Tuesday, 19 May 2015

Ketumpatan

Ketumpatan sesuatu bahan ditakrifkan sebagai jisim per unit isipadu bahan itu.

\begin{align} Ketumpatan, \rho &= \frac {Jisim}{Isipadu} \end{align}
Unit S.I bagi ketumpatan ialah kg m-3. Biasanya unit g cm-3 juga digunakan. \begin{align} 1\ g\ cm^{-3} &= 1000\ kg\ m^{-3} \\ &= 10^{3}\ kg\ m^{-3} \end{align}

Alat untuk mengukur ketumpatan cecair ialah hidrometer.

 Ketumpatan juga merupakan suatu sukatan kepadatan zarah dalam jirim. Ketumpatan suatu bahan adalah malar pada keadaan-keadaan tertentu dan pada suhu malar.

Ketumpatan suatu bahan bergantung kepada :
  1. Jisim molekulnya: Jisim molekul bahan lebih tinggi, ketumpatannya lebih tinggi.
  2. Kepadatan susunan molekul: Gabus mempunyai molekul yang kurang padat daripada kayu,  maka ketumpatan gabus kurang daripada kayu.
  3. Keadaan bahan: Ketumpatan gas adalah lebih kecil daripada ketumpatan cecair dan pepejal suatu bahan.
Suatu pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih kecil daripada ketumpatan suatu cecair akan terapung di atas permukaan cecair itu.
Manakala pepejal yang mempunyai ketumpatan lebih besar daripada ketumpatan suatu cecair akan tenggelam ke dalam cecair itu.


Monday, 27 April 2015

Sifat Cahaya

Cahaya membolehkan kita melihat. Jasad berkilau seperti matahari, lampu, bintang, lilin dan televisyen memancarkan cahayanya ke dalam mata kita untuk dilihat secara langsung.

Objek yang tidak memancarkan cahaya sendiri pula dipanggil jasad tidak berkilau. Ia tiada cahayanya sendiri untuk dilihat secara langsung. Jasad seperti buku, gambar dan meja hanya dapat dilihat apabila ia memantulkan cahaya daripada sumber cahaya.

Sifat cahaya:
  • Cahaya merambat (bergerak)  dalam garis lurus. ( menyebabkan pembentukan bayang dan gerhana)
  • Laju cahaya ialah 300, 000 km s-1
  • Dipantulkan oleh permukaan kasar atau licin.
  • Boleh merambat melalui objek lutsinar.
  • diserap oleh objek legap.
  • Cahaya adalah gelombang elektromagnet dengan panjang gelombang 0.5 μm.
Sinar cahaya ialah arah atau lintasan yang dilalui oleh tenaga cahaya. Apabila melukis gambar rajah, sinar cahaya diwakili oleh garis lurus dengan anak panah.

Sekumpulan sinar-sinar cahaya dipanggil alur. Alur cahaya mungkin selari, menumpu atau mencapah.


Nota: Inersia

Inersia boleh ditakrifkan sebagai kecenderungan suatu objek untuk mengekalkan keadaan pegun atau gerakan seragam dalam garis lurus.

 Konsep inersia dirumuskan dalam Hukum Newton Pertama yang menyatakan bahawa sesuatu objek akan terus berada dalam keadaan pegun atau terus bergerak dengan halaju tetap pada satu garis lurus kecuali ditindakkan oleh suatu daya luar.

Inersia sesuatu objek hanya dipengaruhi oleh jisimnya sahaja. Semakin besar jisim suatu objek, semakin sukar untuk menggerakannya atau menghentikannya jika ia dalam keadaan bergerak. Contohnya sebuah basikal adalah lebih mudah ditolak dari keadaan rehatnya berbanding dengan sebuah kereta kerana jisim basikal itu lebih kecil dan oleh itu inersianya adalah sangat kecil dari jisim atau inersia kereta itu.

Contoh situasi melibatkan inersia:

 1. Dua tin yang serupa digantung dengan tali yang panjang. Tin A adalah kosong manakala tin B pula diisi dengan pasir. Tin B didapati adalah lebih sukar untuk digerakkan berbanding tin A apabila kedua-duanya ditolak. Tin B juga didapati berayun lebih lama sebelum berhenti dibandingkan dengan tin A. Ini menunjukkan bahawa semakin besar jisim suatu objek, semakin besar inersianya atau keupayaannya menentang perubahan.

Saturday, 14 February 2015

Nota : Jangka masa detik

Gerakan Pita Detik.

Jangka masa detik terdiri daripada logam yang bergetar 50 kali persaat (50 Hz) dengan bekalan arus ulang-alik. Ia menghasilkan 50 titik persaat apabila pita detik ditarik melaluinya.

Satu detik ditakrifkan sebagai selang masa antara dua titik yang berturutan. Satu detik adalah sama dengan \(\frac{1}{50}\)saat atau 0.02 saat.
Rajah di atas mempunyai 4 detik, maka masa yang diambil untuk membuat gerakan itu ialah 4 detik \(\times\) 0.02 saat = 0.08 saat. 

Jarak antara dua titik berturutan bergantung pada kelajuan pita detik.
Pita detik yang bergerak laju menghasilkan titik-titik berturutan yang lebih jauh. Manakala pita detik yang bergerak perlahan menghasilkan titik-titik yang lebih rapat. Masa bagi satu detik adalah tetap (0.02 saat) tidak kira berapa jauh jarak antara titik berturutan.


Jenis gerakan dapat ditafsirkan melalui perubahan jarak antara titik pada pita detik.
Mari ingat semula, halaju adalah kadar perubahan sesaran terhadap masa. Halaju antara dua titik berturutan dapat diukur dengan membahagi sesaran antara dua titik tersebut dengan 0.02 saat. Oleh kerana masa yang diambil untuk menghasilkan 1 detik adalah tetap (0.02 saat bagi setiap detik) maka semakin jauh sesaran antara dua titik, semakin tinggi halaju gerakannya.


 Jarak yang seragam antara titik-titik pita detik menunjukkan halaju seragam. Pecutannya adalah sifar, kenapa?  Pecutan adalah kadar perubahan halaju terhadap masa, jika tiada perubahan halaju maka tiada pecutan.
Halaju seragam, pecutan sifar.

Perubahan sesaran secara seragam antara titik-titik menandakan perubahan halaju secara seragam. Rujuk rajah di bawah. Perlu saya tekankan, ada perbezaan antara 'halaju seragam' dan 'perubahan halaju secara seragam'. Perubahan pada halaju akan menyebabkan berlaku pecutan atau nyahpecutan.
Pertambahan halaju secara seragam menghasilkan pecutan seragam.

Halaju bertambah secara seragam. Pecutan malar.

Apabila jarak antara titik berkurang secara seragam, halaju berkurang secara seragam. Gerakan tersebut mengalami nyahpecutan seragam.

Halaju berkurang secara seragam. Nyahpecutan malar.


Untuk mengira halaju awal, titik pertama dikira dengan memerhatikan arah gerakan pita detik seperti rajah di bawah.


Mengira Halaju dan Pecutan Pita Detik

Halaju
Untuk mengira halaju satu detik, sesaran pada detik tersebut dibahagikan dengan masa bagi satu satu detik iaitu 0.02 saat.  Contohnya sesaran bagi detik pertama ialah 4 cm dan masa ialah 0.02 saat. Maka halajunya ialah 4/0.02 saat = 200 cm persaat.

Halaju purata bagi gerakan di atas:
$$\begin{align} \smash  Jumlah\ sesaran&= 4\ cm + 5\ cm + 6\ cm \\  &=15\ cm
\\ \\ Jumlah\ masa  &= 3\ detik \times 0.02\ saat \\ &= 0.06\ s \\ \\
Halaju\ purata,\ v&=\frac{s}{t}
\\&=\frac {15\ cm}{0.06\ s}
\\&=250\ cm\ s^{-1}
\end{align}$$

Pecutan Pita Detik
Bagi pengiraan pecutan pita detik di atas adalah seperti berikut:

$$\begin{align} Pecutan &= \frac {halaju\ akhir - halaju\ awal}{masa}
\\ \\pecutan,\ a&=\frac{\frac{6\ cm}{0.02\ s}-\frac{4\ cm}{0.02\ s}}{(3\ detik - 1) \times 0.02\ s)}
\\\\&=\frac {300\ cm\ s^{-1}-200\ cm\ s^{-1}}{(2\ detik  \times 0.02\ s)}
\\ \\&=\frac {100\ cm\ s^{-1}}{0.04\ s}
\\\\ &=  2500\ cm\ s^{-2}
\end{align}$$
Satu detik ditolak  daripada bilangan asal semasa mengira masa bagi pecutan.
Semasa mengira masa bagi pecutan, detik bagi halaju awal dan halaju akhir dikira dari pertengahan detik. Maka, hasil tambah detik adalah (0.5 detik + 1 detik + 0.5 detik) = 2 detik.



Tuesday, 3 February 2015

Nota: Laju, Halaju dan Pecutan

Laju
Laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak terhadap masa.
 $$laju=\frac{jarak}{masa}$$
Unit S.I bagi halaju ialah meter persaat ( \(m \ s^{-1}\) )
Laju ialah kuantiti skalar maka ia hanya melibatkan magnitud dan tidak ditulis dengan tanda negatif.

Halaju
Halaju ditakrifkan sebagai kadar perubahan sesaran terhadap masa.
 $$\begin{align} halaju&=\frac{sesaran}{masa}\\ \\ v &=\frac{s}{t} \end{align}$$
Unit S.I bagi halaju ialah meter persaat ( \(m \ s^{-1}\) )
Halaju melibatkan arah dan magnitud, oleh itu halaju adalah kuantiti vektor. Walau bagaimanapun bagi objek yang bergerak dalam garis lurus, arahnya boleh diabaikan.

Jika halaju sesuatu objek pada arah asal pergerakannya adalah positif, maka halaju dalam arah yang bertentangan perlu ditulis dengan tanda positif.
Apabila sesuatu objek berada dalam keadaan pegun, maka halajunya adalah sifar.

Pecutan
Pecutan ditakrifkan sebagai kadar perubahan halaju terhadap masa.

$$\begin{align} pecutan&=\frac{halaju \ akhir-halaju \ awal}{masa}\\ \\ a &=\frac{v-u}{t} \end{align}$$
Unit S.I bagi pecutan ialah ( \(m \ s^{-2}\) ).
Pecutan ialah kuantiti vektor.
Suatu objek mengalami pecutan sifar jika halajunya sifar atau tiada perubahan halaju (malar) dalam gerakannya.
Pecutan malar / seragam jika perubahan halaju adalah seragam.
Pecutan bernilai positif : halaju objek bertambah
Pecutan bernilai negatif: halaju objek berkurang.

Tanda negatif pada nilai pecutan menunjukkan bahawa objek bergerak dengan nyahpecutan. Tanda negatif tidak perlu ditulis jika nyahpecutan disebut. Contoh: pecutan = -5 \(m \ s^{-2}\), maka nyahpecutan=5 \(m \ s^{-2}\)


 Komen:

Berdasarkan takfrifan laju, kita boleh faham bahawa laju adalah berapa jauh jarak yang dilalui dalam tempoh masa tertentu. Unit untuk laju dan halaju adalah sama.
Tiada bacaan negatif untuk laju kerana ia adalah kuantiti skalar, sama seperti jika kita menimbang jisim sesuatu objek, ia tidak boleh dibaca sebagai negatif kilogram. 

Berbeza dengan laju, tanda positif dan negatif pada nilai halaju mewakili arah gerakan objek. Jika halaju objek ditulis dengan nilai positif, maka halaju objek itu pada arah yang berlawanan perlu disertakan dengan tanda negatif.

Dalam subtopik Pantulan Gelombang, Bab 1 Tingkatan 5 ramai yang kurang teliti mengenai halaju gelombang yang dipantulkan. Laju gelombang tidak berubah (arah tidak diambil kira), tetapi halaju gelombang berubah kerana arah gelombang yang dipantulkan telah berubah. Lebih tepat lagi, magnitud halaju tidak berubah tetapi arah halaju berubah.

Kebiasaanya student cepat tangkap konsep laju dan halaju cuma cuai semasa pengiraan . Ada juga tertukar jarak dan sesaran untuk pengiraan.



Sunday, 1 February 2015

Nota: Jarak dan Sesaran

Jarak
Jarak ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh sesuatu objek.
Ia merujuk kepada berapa banyak kawasan yang dilalui oleh sesuatu objek samasa sepanjang pergerakannya.
Jarak merupakan kuantiti skalar (mempunyai magnitud sahaja).
Unit S.I bagi jarak ialah meter.
Jarak tidak boleh dinyatakan dalam bentuk nombor negatif.
Jarak boleh dikira dengan hanya menambah panjang laluan.

Sesaran.
Sesaran ialah jarak antara titik akhir dari titik mula pada satu garis lurus.
Sesaran merupakan kuantiti vektor (mempunyai magnitud dan arah).
Unit S.I bagi sesaran ialah meter.
Sesaran boleh dinyatakan dalam bentuk nombor negatif.


Sesaran ialah jarak terdekat antara titik mula dan titik akhir.
Pertimbangkan gerakan di bawah:
Seorang pelajar berjalan 4 m ke timur , 2 m ke selatan, 4 m ke barat dan akhirnya 2 m ke utara,
Walaupun pelajar itu telah berjalan sebanyak 12 m, tetapi sesarannya ialah 0 m. Ini kerana dia telah balik semula ke tempat asalnya dan tidak bergerak dari tempat permulaannya walaupun jarak yang dilaluinya ialah 12 m.

Jarak : 12 m.
Sesaran: 0 m.

Sesaran boleh dinyatakan dalam nombor negatif.
 Jika Ali berjalan 5 m ke hadapan dan kemudiannya berundur 6 m ke belakang, sesaran Ali ialah -1 m. Sesaran Ali = 5 m + (-6 m) = -1m
Tanda negatif menunjukkan arah sesaran berlawanan dengan arah asal dari titik mula.



Monday, 27 October 2014

Peruncingan, Ramalan Kertas 2 Fizik SPM 2014

Peruncingan dan Ramalan Fizik 2014.

Bab-bab yang perlu diberikan perhatian untuk Kertas 2 Fizik SPM 2014:
  1. Daya 
  2. Cahaya
  3. Haba
  4. Gelombang
  5. Elektromagnet
  6. Keradioaktifan
Tajuk-tajuk penting.
  1. Pantulan dalam penuh : fiber optik, sudut genting.
  2.  Cermin dan kanta 
  3. Prinsip Archimedes : daya apungan, ketumpatan.
  4. Leraian Daya dan Keseimbangan daya, Kerja.
  5. Tekanan dalam bendalir 
  6. Prinsip Bernoulli
  7. Momentum, Impuls dan daya impuls
  8. Muatan Haba Tentu
  9. Inersia
  10. Keradioaktifan
  11. Gelombang : Pembelauan dan pembiasan
  12.  Transformer
  13. Interferens cahaya : Dwicelah Young
  14. Hukum gas.
  15. Elektronik : Transistor dan kapasitor. Hitung beza upaya merentasi perintang.

Ramalan Kertas 3 Fizik SPM 2014
  1. Pembiasan Cahaya : Protaktor
  2. Daya Gerak Elektrik : Beza Keupayaan Vs. Arus
  3. Haba : Termometer, perubahan suhu vs jisim
  4. Transistor : Arus pengumpul vs. arus tapak
  5. Separuh Hayat: Keradioaktifan vs masa

Sunday, 19 October 2014

Nota Hukum Gas



Nota penerangan hukum gas ini adalah dalam format pdf. Ia menerangkan tentang tiga hukum gas, suhu mutlak dan skala kelvin. Saya perhatikan ramai pelajar yang keliru bila dan kenapa perlu menggunakan unit Kelvin semasa menjawab soalan berkaitan hukum gas. Diharapkan nota ini dapat membantu.

Muat turun di sini.