Sunday 28 July 2013

Nota: Haba Pendam Tentu

Apabila air dipanaskan, suhunya akan meningkat sehingga ia mencapai suhu 100 °C. Sebaik sahaja air mula mendidih, suhunya akan kekal malar pada suhu 100 °C walpupun ia menyerap haba secara berterusan.

Haba yang diserap oleh air pada suhu malar, iaitu 100 °C adalah tenaga yang diperlukan untuk menukarkan air dari keadaan cecair ke keadaan wap.

Oleh kerana haba yang diperlukan untuk perubahan keadaan berlaku tanpa sebarang kenaikan suhu, haba itu seolah-olah terpendam atau tersembunyi.

image

Haba yang diperlukan untuk perubahan keadaan tanpa sebarang kenaikan suhu disebut haba pendam

Haba pendam yang diperlukan untuk per­ubahan keadaan dari pepejal ke cecair (atau cecair ke pepejal) tanpa perubahan suhu dikenali sebagai haba pendam pelakuran.

Haba pendam yang diperlukan untuk perubahan keadaan dari cecair ke gas (atau gas ke cecair) tanpa perubahan suhu dikenali sebagai haba pendam pengewapan.

Haba pendam diserap apabila:
(a) pepejal bertukar ke cecair
(b) cecair bertukar ke gas.

Haba pendam dibebaskan apabila:
(a) gas bertukar ke cecair
(b) cecair bertukar ke pepejal

3 comments:

  1. thank you, very helpful. mohon save nota ni ye:)

    ReplyDelete
  2. haba pendam pelakuran dan haba pendam tentu pelakuran beza ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbeza.
      'Haba pendam TENTU pelakuran' untuk 1 kg bahan.
      'Haba pendam pelakuran' tak kira berapa jisim bahan

      Delete