- Termometer biasa dalam kehidupan harian ialah termometer cecair dalam kaca, termometer digital dan termometer gelungan.
- Pemilihan termometer yang digunakan bergantung kepada:
(a) julat suhu yang hendak diukur
(b) kejituan yang dikehendaki
(c) keadaan fizikal dan bendetuk bahan yang diukur. - Sebarang sifat fizik yang berubah dengan suhu boleh digunakan sebagai asas untuk membina termometer. Contoh sifat fizik tersebut adalah:
(a) pengembangan cecair dengan jisim tetap
(b) rintangan elektrik dawai platinum
(c) pengembangan jalur dwilogam
(d) tekanan gas pada isipadu tetap. - Termometer digital menggunakan perintang terma atau termistor sebagai penderia suhu. Termistor mengubah rintangannya dengan perubahan suhu. Litar elektronik dalam termometer akan mengukur rintangan dan menukarkannya kepada suhu yang dipaparkan sebagai bacaan pada termometer.
- Termometer gelungnan menggunakan pengembangan jalur dwilogam untuk mengukur suhu. Jalur dwilogam (bimetallic) terdiri daripada dua jalur logam seperti kuprum dan besi yang dicantumkan . Apabila dipanaskan kuprum akan lebih mengembang daripada besi. Ini menyebabkan jalur dwilogam melengkung dan jumlah lengkungan itu adalah petunjuk bagi suhu.
Saturday, 27 July 2013
Nota: Termometer
Labels:
termometer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment