Merkuri digunakan dalam termometer jenis cecair dalam kaca berdasarkan pengembangan isipadu merkuri dengan suhu.
Termometer merkuri terdiri daripada suatu tiub rerambut kaca dengan diameter yang seragam. Hujung bawah tiub rerambut mempunyai suatu bebuli yang berdinding nipis dan diisi dengan merkuri,
Ruang kosong di atas turus merkuri divakumkan. Dinding bebuli yang nipis membolehkan haba dipindah dengan cepat ke merkuri di dalamnya. Apabila dipanaskan , turus merkuri di dalam tiub rerambut akan mengembang secara seragam di sepanjang tiub rerambut itu.
Kepekaan termometer merkuri boleh ditingkatkan dengan :
- mengecilkan saiz bebulinya
- menggunakan bebuli kaca yang lebih nipis
- mengurangkan diameter tiub .
Kelebihan merkuri sebagai cecair termometri.
- tidak melekat pada dinding kaca
- tidak mengewap
- legap dan mudah dilihat
- ia adalah konduktor haba yang baik
- mempunyai takat didih yang tinggi secara relatif iaitu 357 °C.
Kelemahan termometer merkuri dalam kaca adalah ia tidak dapat mengukur suhu yang amat rendah kerana takat beku merkuri adalah -39°C
Kebaikan alkohol sebagai cecair termometrik adalah ia mempunyai takat beku yang rendah iaitu -115°C. Termometer alkohol dalam kaca adalah lebih sesuai digunakan di tempat di mana suhu musim dingin boleh jatuh sehingga -40°C.
Kelemahan termometer alkohol dalam kaca adalah:
- Ia cenderung untuk melekat pada dinding tiub termometer, menyebabkan bacaan yang rendah apabila suhu jatuh dengan mendadak.
- mudah mengewap dan berada di atas tiub termometer.
- bersifat lutsinar dan mesti diwarnakan.
- mempunyai takat didih yang rendah iaitu 78 °C
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks!
ReplyDeletethank you~
ReplyDeletethank
ReplyDelete